Sunday, April 4, 2010

Aturcara Majlis

ATURCARA MAJLIS – 9 April 2010 (Jumaat)

Sesi Pagi

8.00 pagi : Pameran mengenai kanser & Jualan amal

: Pendaftaran sukarelawan


9.30 pagi : Pendaftaran peserta bagi sesi ceramah oleh

Cik Habiba Abd Rahman (Pegawai MAKNA)


10.00 pagi : Ceramah bertajuk “Cancer Awareness,

Health Lifestyle & Breast Cancer”


11.30 pagi : Sesi soal jawab


12.00 pagi : Klinik Pemeriksaan Payudara @Clinic Breast examination



Sesi Petang


2.30 petang : Ketibaan para tetamu


2.45 petang : ketibaan VIP jemputan


3.00 petang : Majlis bermula dengan bacaan doa & ucapan aluan oleh:-

Ø Presiden D’ marketers

Ø Pengarah Projek

Ø Presiden Pewani

Ø Timbalan Pengarah Kampus UiTM segamat, Johor

Ø Wakil Khas MAKNA


4.00 petang : Ceramah “Payroll Giving” oleh Pegawai MAKNA

: Slot “SHARING MOMENT”


4.45 petang : Sesi soal jawab


5.00 petang : Minum petang dan majlis bersurai

Kempen Kesedaran Kanser

“Kempen Kesedaran Kanser”


Anjuran D’Marketers & Pelajar Praktikal UiTM dengan kerjasama MAKNA & PEWANI


Tarikh : 9 April 2010
Tempat : Speaker Corner
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang

Saturday, March 27, 2010

Persediaan Bergelar Mahasiswa

  • Ubah minda bahawa sistem pembelajaran di menara gading tidak sama dengan sekolah menengah atau matrikulasi terutama dari segi kaedah belajar.
  • Perlu mempersiapkan diri melalui proses sosialis dalam kampus.
  • Perlu bersedia untuk mempelajari dan mempertingkatkan kemahiran bahasa inggeris kerana semua rujukan di universiti dalam bahasa inggeris.
  • Mesti mempersiapkan diri lima tahun akan datang bermula dari semesta pertama dengan kemahiran yang diperlukan oleh bakal majikan.
  • Bersifat holistik dan tidak boleh memfokus kepada satu agenda. Ia berlandaskan konsep holistik iaitu formula jeri (jasmani, emosi, rohani dan intelektual) yang hebat. Pelajar tidak hanya terperuk di bulik kuliah sebaliknya melibatkan diri dengan aktiviti universiti yang sihat.
  • Bagi pelajar yang gagal mendapat kursus yang dipohon, pastikan keputusan yang dibuat itu adalah yang terbaik. Tidak kira apa kursus sekalipun, ia adalah satu peluang terbaik untuk melanjutkan pengajian di universiti kerana diluar lebih ramai yang gagal ke menara gading.
APA YANG PERLU PELAJAR TAHU KETIKA MELANGKAH KE MENARA GADING?

  1. Matlamat yang jelas
  2. Cemerlang akademik
  3. Cemerlang sahsiah
  4. Cemerlang keterampilan diri
  5. Memiliki 7 kemahiran insaniah
  • Komunikasi
  • Kepimpinan
  • Pemikiran kritis
  • Kerja berkumpulan
  • Nilai dan etika
  • Pembelajaran sepanjang hayat
  • Keusahawanan
PERSEDIAAN SEBAGAI PELAJAR SEIMBANG.

Pelajar seimbang ialah pelajar yang cemerlang dalam 2 aspek utama iaitu:
  • Akedemik
Mencapai keputusan akedemik yang cemerlang. Di menara gading sistem Purata Nilai Gred Terkumpul (PNGK) 4.0 digunakan. Pelajar yang mempunyai PNGK 3.0 dan keatas dianggap cemelang.
  • Kokurikulum
Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan kemahiran insaniah pelajar.